Bicara Hati Si Putera Duyong

AKU MAHU PULANG

AKU MAHU PULANG

perahu nelayan

AKU MAHU PULANG

aku mahu pulang
diri terasa gersang
hilang kasih sayang
gelap hari mendatang
aku mahu perahu
buat mudik ke hulu
jumpa ayah ibu
mohon doa restu
aku mahu cahaya
diri terasa buta
jalan tiada kujumpa
setiap waktu teraba-raba
aku mahu menangis
sampai airmata habis
ringan doa kudus
agar dosa terhapus
aku mahu kembali
ke jalanMu Ya Rabbi
sujud ke hadrat Ilahi
mogaku tenang kembali
kembali…

AKU MAHU PULANG

Secebis rasa luahan hati seorang hamba yang ingin kembali kepada Allah Tuhan Yang Esa. Sememangnya kita manusia sentiasa tidak lepas dari berbuat kesilapan atau dosa sama ada sedar ataupun tidak. Sesungguhnya itulah sifat sebeenarnya kita, namun kita sebenarnya beruntung kerana Tuhan kita bersifat Maha Pemaaf. Harus kita memohon kemaafan dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka, Insyaallah…

jadikan hidup biar sedap seperti kata kakjie

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: