apa mereka buat
senyum senyum kambing
ketawa berdekah-dekah
nampak macam mereng
kepala sudah pening
otak berpusing-pusing
jalan hoyong hayang
perut penuh todi
apa mereka buat
nampak terketar-ketar
badan penuh lebam
cucuk sana sini
jadi dokter sendiri
tersadai tepi longkang
jadi sampah sarap
tunggu orang kutip
apa mereka buat
kumpul ramai ramai
keliling lampu karbait
tengah tengah belukar
duit bertukar tangan
poket jadi nipis
baru susah hati
beras lupa dibeli
jadi tahi judi
apa kita buat
cuma tengok sahaja…
APA MEREKA BUAT
{ 3 comments… add one }
Next post: STRES
Previous post: SIAPA MUHAMMAD










BalqisShafiqa May 26, 2010 at 11:09 am
salam ziarah.
ini semua karekter masyarakat hari ini.
yang terbiar terus terabai.
kita tak mampu menghentikan semua ini.
Frodo Baggins May 26, 2010 at 1:45 pm
mereka …
berjalan dalam dunia indah
yg berakhir sunyi …
hellioz May 26, 2010 at 10:24 pm
gwa syak dorang stoned lebeyh
gyahahahahahhahaha~