buta pekak bisu
jadikan aku buta
tak sanggup kulihat kehancuran
tak sanggup kulihat darah merah
memercik terpercik ke bumi
saban hari saban waktu
penindasan di sana sini
pergolakan terus bermaharajalela
bedilan roket peluru hidup
mengulit tidur si anak kecil
mimpi ngeri si ibu ayah
tangisan hiba si balu tua
jadikan aku pekak
tak sanggup kudengar pembohongan
omongan kosong pengubat hati
janji tertabur bagai bertih
dimamah usia dimakan waktu
sudah berabad janji itu
hanya omongan si durjana
setiap hari semakin rakus
meratah setiap sisa tertinggal
jadikan aku bisu
tak sanggup lagi berkata-kata
tiada siapa mahu mendengar
tiada siapa mahu peduli
mereka semua tetap begitu
sampai akhir usia dunia
tetap juga begitu
buta pekak bisu…







maka disitu akal yang main peranan. deria tidak boleh disalahkan=)
itulah perangai orang berkata dengan nafsu semata tanpa menggunakan fikiran
ketandusan dan tiada nyawa(mati) dlm pegertian serta perikemanusiaan.Derita melanda jiwa membuntuh segala pemikiran dn mbusukkn hati,pecah belah dimata,bunyi raungan di teliga,bau sgala perpecahan hidung ku sesak,diri merana,kulit terkopak,air mata darah mengalir kesakitan,tiada siapa yg ambil tahu mahupun c penghantam sesama insan,tidak berpenghujung selagi tiada kesedaran dlm diri dn ptobtan.
[...] http://puteraduyong.com/blog/2010/05/buta-pekak-bisu.html [...]