simpan sahaja taring itu
tiada guna kau menggigit
pasti tidakkan tertembus
pasti tidakkan terkesan
gigitan lemah tidak bermaya
gigitan lembut tiada bekas
batu keras itu tidakkan terjejas
simpan sahaja salakan itu
tiada guna kau menyalak
apa disalak bukit nan tinggi
bagai curahkan air ke daun keladi
tiada kesan tiada luak
sedarlah diri siapa kita
mana mungkin kucing kan jadi harimau
kita cuma manusia biasa
tiada laluan permaidani merah
tiada teduhan berpayung kuning
siapalah kita…






dah lama saya tak tulis macam ni.. rindu nye.
btw, nice.
mas jom la tulis balik mas…
segannye dgn kamu..hehe..org xpndai lnsung tulis2 mcm ni
iema : tulis je ikut gerak hati…
dalam maksud kata2 ini…bloggers lain.. sila renungi sama2.
Aaaa….tak ada explanation untuk ayat2 di atas?
kitalah hamba yang MAHA ESA, melata di bumi untuk mencari erti hidup yang sementara
waaahh..
nice..
boleh translate kan apae yang tersirat .
saya buta seni