Bicara Hati Si Putera Duyong

HIDANGAN AKHIR

puing-puing nista masih jelas
melekat di segenap penjuru
masih jelas tersisa
bilakan terhapus agaknya
sukar sekali terasa
sudah puas disental
masih tiada terhapus
masih belum cukup rasanya
masih belum sepenuh hati
airmata taubat belum menitis
hanya mengucap pada zahir
hati di dalam belum sedia
masih mahu ulangi
masih belum puas
umur masih panjang
tunggu hari tua
tunggu tiada kudrat
baru mahu bertaubat
kalau esok izrail datang
entah apa mahu dihidang
entah…

Post By puteraduyong (2,742 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: