Bicara Hati Si Putera Duyong

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?

aduh!
secara tiba-tiba kurasakan
ada semacam dua macam rasa
yang membingungkan benak fikiran
serba tidak kena
duduk meniarap…tidak kena
duduk terlentang…lagi tidak kena
duduk mengiring…sama juga
akhirnya aku tertonggeng
fikiran tiba melayang ke daerah lama
saat si mata sepet pipi kembung
masih setia berlarian mengejarku
hulurkan pipi mahu ku cubit
dan sebagai balasan
tembikai merah yang segar
buat santapan di waktu petang
masih ingat lagi
kita senantiasa bersama
menari dan menyanyi
lagu kita berdua
lagu riang penyubur jiwa
sambil kau memetik gitar
dengan gaya unikmu
bagaikan seorang bintang
dan kita sememangnya bahagia
ke mana sahaja pasti kita bersama
kita tetap dalam dunia kita
dunia bagaikan milik kita berdua
dan di sini
inginku katakan pada dunia
aku bahagia bersama montelku
kita tetap kan bahagia
selamanya

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 27 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: