ada orang kata
ada duit kita bahagia
dapat beli apa sahaja
dapat jua beli cinta
ada pula orang cakap
ada duit jadi pelahap
pantang berkenan terus sentap
sampai terus masuk ke lokap
ada pula orang bilang
ada duit kita cemerlang
ke sana sini orang julang
kawan ramai tak terbilang
ada pula orang beritahu
ada duit semua mahu
segenap tempat hendak dituju
asal puas kehendak nafsu
ada pula orang sebut
ada duit jadi serabut
siang malam jadi kalut
takut semua kena rebut
nabi kita ada bersabda
ada duit hendaklah berpada
fakir miskin jangan dilupa
hidup jadi lebih bermakna
CERITA TENTANG DUIT
{ 0 comments… add one }
Next post: BAIT-BAIT CINTA
Previous post: SAHABAT SEPERJUANGAN









