anak kecil…hati kapas
pantang tersentuh
kejap sedih kejap gembira
anak kecil…hati terang
semua diajar ikut semua
suluh sahaja dengan cahaya ilmu
pasti hatinya bersinar terang
anak kecil…hati putih
bersih tanpa titik hitam
jika tertumpah warna hitam
senang dihapus senang dipadam
dengan sentuhan dengan belaian
dengan nasihat mainan jiwa
siapa pecorak hati kecil itu
jika sang pencorak penuh seninya
hati itu akan berwarna indah
seindah hidupnya mendatang
jika sang pencorak tanpa seni
pasti hati itu hilang serinya
penuh palitan warna pelik
corak yang sukar difahami
tugas sang pencorak
menjadi seniman pelukis terhebat
supaya nanti
hasil seni karya hatinya
menjadi titipan manusia…bukan HAIWAN
CORAK HATI SI KECIL
{ 0 comments… add one }
Next post: MENGAKU CINTAKAN MUHAMMAD
Previous post: DARIKU UNTUKMU









