malam ini
alam sunyi sepi
semua lena diulit mimpi
bulan indah berseri
bintang gemerlap memagari
indah ciptaan Ilahi
cengkerik riang menyanyi
lagu indah bersemi
damai rasa di hati
malam terus dinikmati
timbul rasa menginsafi
betapa kerdilnya diri
dosa sering menyelimuti
bila kan bersih suci
masih tercari-cari
mana silap sendiri
rasa sering melupai
nikmat kurniaan Rabbi
airmata terasa mencucuri
hingga sampai ke pipi
taubat sepenuh hati
tidak mahu ulangi
apa yang telah terjadi
terus sujud kembali
Tuhan Maha Mengetahui…









