menyingkap tabir usia
apa sudah tercapai
segala cita angan dahulu
apa sudah tertunai
segala hajat pendam dalam
atau mahu dibiarkan sahaja
hapus angan di angin lalu
kuburkan hajat di lubuk kalbu
atau mahu teruskan jua
tuju selagi daya
capai selagi sampai
daki selagi kuasa
merangkak selagi upaya
tekad bulat harap
azam sepenuh jiwa
usaha selagi kudrat
tepuk dada tanyalah hati
hati tentukan segala
jika mahu kata hati
biar putus urat saraf
biar darah menyimbah bumi
pasti diteruskan jua
tanyalah hatiā¦









