wahai tuan doktor
kamu bijak lagi tersohor
tolong ubati sakitku
tak tahan lagi aku
tolong berikan aku
ubat paling mujarab
cakap sahaja berapa harga
aku pasti bayar
tolong tuan doktor
kamu sahaja harapanku
tuan doktor mengangguk lemah
masih ada berakal sejemput
masih percaya kuasa ubat
masih percaya kudrat makhluk
lupakan sang penguasa
yang punya kuasa segala
jika sembuh kehendaknya
kamu pasti sembuh
ubat cuma alat
doktor cuma perantara
mintalah padaNya…
TOLONG UBATKAN AKU
{ 0 comments… add one }
Next post: KABEL APA KAMU ADA
Previous post: BISA TIKAMAN PANAHMU









