aku bukan android
ciptaan pandai manusia
aku ini manusia
ciptaan yang maha kuasa
oleh kerana itu
aku punya hati
aku punya rasa
jadi ingatan buat kamu
usah layan aku begitu
cuba fikirkan sejenak
guna otak guna akal
guna rasa guna perisa
walau di mana kamu berada
walau tinggi di puncak sana
walau punya wang berjuta
walau hidung mancung terletak
walau kulit putih melepak
kamu tetap juga manusia
tetap juga balik ke tanah
tetap mengadap yang esa
dan kerana itu jugalah
kau tetap sama sepertiku
kita bukan andoid…





