apa kamu perhatikan
wahai si katak hijau
dari tadi diam di situ
tak berkelip memandangku
apakah kau iri denganku
kerna aku manusia
kau cuma katak kecil
langsung tiada terlawan
aku tahu aku hebat
aku hebat pandai berkata
petah menghambur hujah
walaupun kadangkala dusta
aku hebat boleh melangkah
tuju ke mana kusuka
walaupun kadangkala terlencong
tuju lembah maksiat
aku hebat menggapai
boleh capai apa sahaja
walaupun kadangkala terambil
apa yang bukan hak
aku hebat boleh berfikir
boleh atasi sejuta masalah
walaupun kadangkala bengap
terlupa adanya akal
langsung tiada diguna
ops…
ada lebihnya kamu di situ
engkau tiada dosa
aku…
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah
terima kasih katak hijau
kerana ingatkan aku…
AKU DAN SI KATAK HIJAU
{ 14 comments… add one }
Next post: SI PENCINTA HATI
Previous post: BERAPA NIKMAT TUHAN











apezs March 21, 2011 at 7:33 am
salam
sungguh indah ayat2 ini..
boleh digunakan sebagai penyejuk hati..
puteraduyong March 21, 2011 at 12:13 pm
salam apezs…jika boleh digunakan silakan…
qema March 21, 2011 at 8:54 am
nice..
puteraduyong March 21, 2011 at 12:13 pm
thanks qema…
dayun March 21, 2011 at 9:15 am
salam prince duyong…
dayun sukapuisi ni
kalau diizinkan nak minta kebenaran paparkan sajak ni d blog dayun…
huhu.
puteraduyong March 21, 2011 at 12:15 pm
w’salam dayun… suka ke… thanks…gunakan je dayun…memang untuk berkongsi dengan semua orang…
sila sila jangan sesegan…
azman March 21, 2011 at 9:53 am
salam.. sajak yang indah..
puteraduyong March 21, 2011 at 12:16 pm
w’salam azman…terima kasih ye…
mamaema March 21, 2011 at 11:04 am
sungguh indah kata-kata itu…
salam perkenalan dari mamaema
puteraduyong March 21, 2011 at 12:16 pm
salam perkenalan juga mamaema…
syuwai March 21, 2011 at 12:02 pm
erk, kenapa guna katak?? guna haiwan len x boleh ke..huk2x
puteraduyong March 21, 2011 at 12:17 pm
hehe…kebetulan malam tadi ada sekor katak yang jadi peneman…takde haiwan lain…
maka glemerlah katak itu…
pengemis Cinta~ August 18, 2011 at 1:03 am
terima kasih katak hijau;) pc terkesan disini.
puteraduyong August 18, 2011 at 1:18 am
pc… itu baru si katak hijau, belum lagi ciptaan tuhan yang lain…