bahang dah mula terasa
ceramah dah mula ada
projek lama sudah bermula
pasti dah tiba masa
jentera dah mula bergerak
muka terpendam mula nampak
kedai kopi dah mula sesak
masing-masing sibuk berasak
apa cerita mahu dibawa
apa kisah mahu dijaja
asal sedap mulut berkata
asal semua terlopong menganga
pasti semua manis bergula
jadi bahan halwa telinga
mana tahu jerat mengena
apa kesah benar dusta
si ketua dah mula sibuk
anak buah kena dipujuk
hulurkan semua apa disorok
biar licin tinggal habuk
baru kerusi senang diduduk
yang panas kan jadi sejuk
semua terlentok
tersengguk mengangguk
ya datuk
kami sokong datuk
pilihanraya besok…
BESOK PILIHANRAYA
{ 2 comments… add one }
Next post: GUNTING DALAM LIPATAN
Previous post: BODOH LAGI SOMBONG










dayun March 10, 2011 at 2:22 pm
bermulalah rasuah politil
puteraduyong March 10, 2011 at 4:47 pm
perkara biasa kan…