kamu semua hidup
tapi untuk apa
hidup untuk makan?
hidup untuk seronok?
tanpa pikul beban
tanpa amanah
tanpa tanggungjawab
habiskan beras orang tua
goyang kaki sahaja
harapkan semua datang bergolek
usaha langsung tiada
jika benar kamu begitu
kamu sama sahaja
seperti si tanduk dua
kamu kan manusia
ada tuhan buat disembah
kamu kan manusia
ada kudrat daya usaha
kamu kan manusia
ada akal fikirkan segala
gunakanlah sepenuhnya
jadi berguna
bukan sampah…







KAMU SEMUA HIDUP – Bicara Hati Si Putera Duyong…
kamu semua hidup tapi untuk apa hidup untuk makan? hidup untuk seronok? tanpa pikul beban…
KAMU SEMUA HIDUP – Bicara Hati Si Putera Duyong…
kamu semua hidup tapi untuk apa hidup untuk makan? hidup untuk seronok? tanpa pikul beban…
[...] http://puteraduyong.com/blog/index.php/2011/03/kamu-semua-hidup.html [...]
hidup hanya sekali..manfaat kan hidup anda
betul tu zuriey…manfaatkan sepenuhnya…
ya manfaatkan kehidupan
manfaatkan sepenuhnya kan tokan…
selagi ikan belum habis…