Bicara Hati Si Putera Duyong

KAMU SUDAH BESAR

matang

kamu sudah besar

kamu sudah besar
boleh buat apa sahaja
siapa boleh larang
kamu sendiri tentukan
kamu ada kaki tangan
kamu ada kudrat kuasa
kamu ada otak
kamu ada cukup sifat
mengapa mesti tidur
mengapa mesti tunduk
mengapa mesti terjelepuk
mengapa mesti mengeluh
mengapa mesti mengalah
kamu sudah besar
usah berlagak bagai si kecil
usah merengek bagai si bayi
usah lagi susahkan ibu tua
usah lagi susahkan ayah terketar
susahkan dirimu sendiri
gagahkan daya usaha
teguhkan tekad hati
bulatkan capai impian
capai apa hajatmu…

Post By puteraduyong (2,738 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: