Bicara Hati Si Putera Duyong

LANTANGKAH AKU

lantangkah suaraku ini
ini semua suara hatiku
terbit dari dalam
dari lubuk suci murni
adakah kamu terasa
adakah kamu termamah cili
ataupun terkena tepat
pada batang hidungmu
jika benar begitu
tolong maafkan aku
aku cuma kata yang benar
tiada yang dustanya
kerna aku tak diajar
untuk berkata dusta
kerna aku juga takut
lidahku ini terpotong
apakah kau mahu
aku jadi bisu
hanya lihat sahaja
tidak mungkin begitu
aku tiada kuasa tangan
aku cuma ada kuasa lidah
serta seketul hati merah
harap kau mengerti…

Post By puteraduyong (2,731 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: