satu dua tiga dan empat
ayuh bersama kita muafakat
lima enam tujuh dan lapan
sama berganding tuju hadapan
empat tiga dua dan satu
berganding bahu sama membantu
lapan tujuh enam dan lima
agar hidup bahagia bersama
satu
fikiran senang buntu
dua
boleh kongsi kisah segala
tiga
hubungan jadi lebih berharga
empat
apa dihajat pasti dapat
hidup di dunia fana
penuh karenah pancaroba
akal perlu bijak diguna
hubungan insan usah dilupa
adat manusia sama manusia
jalinan erat perlu dicipta
susah senang hadapi bersama
agar hidup lebih bermakna
moga jelma rasa bahagia…
MARI HIDUP BERSAMA
{ 1 comment… add one }
Next post: GARIS CAHAYA
Previous post: PROVOKASI MAHU KUASA










+fobia+ March 6, 2011 at 7:17 am
mari belajar mengira.buat mengingat DIA.