wahai adikku di sana
mari datang ke mari
mari duduk bersamaku
aku ingin kongsi sesuatu
wahai adikku
ingin ku beri satu ilmu
moga kamu ingati aku
sampai ke hari tuamu
dengar ya adikku
dengarlah cakap ibu
syurga ada di situ
pasti kan senang hidupmu
berkat sepanjang waktu
dengarlah cakap ayah
kasihan peluhnya menitis
demi kenyangkan perutmu
besar sekali jasa ayah
dengarlah cakap guru
pemandu arah tujumu
agar lurus jalanmu
capai apa citamu
dan akhirnya
dengarlah cakap aku
aku ini abangmu
aku mahu kita bersatu
nanti di penghujung waktu…
KHAS BUAT ADIKKU
{ 0 comments… add one }
Next post: JANGAN BENGKENG SANGAT
Previous post: MENGAPA KAU JADI MANUSIA?










