Bicara Hati Si Putera Duyong

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah

Alhamdulillah

alhamdulillah
pujian bagi Allah
tuhan sekalian alam
syukur kupanjatkan padamu
kurniaan tiada terperi
buat hamba hina ini
aku hamba kecilmu
kamu maha besar
tiada kudratnya aku
mahu melawan kamu
tiada pernah terfikir
mahu belot darimu
alhamdulillah
walaupun aku ini lalai
sering leka nikmat dunia
sering lupa dan melupakan
rezeki darimu tiada putus
tubuh sihat tiada sakit
akal cerdas tiada buntu
terkadang rasa malu
waktu untukmu cuma sedikit
cuma lima kali sujud
terkadang di akhir waktu
namun suruhanmu kuturut
larangmu tetap kuhindar
kerna ku amat tahu
neraka itu sakit
alhamdulillah
aku masih sedar…

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 4 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: