memang aku bodoh
tidak cukup pandai
tapi aku bukan bangang
yang senantiasa memandai
perasan diri pandai
walhal pengikut si baghal
zahirnya bagai kancil
hadir penuh akal
selirat penuh muslihat
sayang diri terjerat
jerat termakan tuan
sia-sia
memang aku bodoh
kerana ilmuku cuma sedikit
tahuku cuma setitis tinta
namun itu sudah cukup
buatku kemudi biduk
belah arus hidup
celikkan sedikit mata
cuba pandang dirimu
pandang juga kelilingmu
belajarlah terima hakikat
kita sememangnya bodoh
dan kerana itulah
wajib ilmu dituntut
sampai mata tertutup
kala izrail menjemput
memang aku bodoh…
MEMANG AKU BODOH
{ 2 comments… add one }
Next post: JANTAN MAHU JADI BETINA
Previous post: TEWAS DI KOTA SINGA











rara pinkmafia July 25, 2011 at 4:42 pm
hmmmm tuntut lah ilmu hingga ke china.
puteraduyong July 25, 2011 at 5:12 pm
betul tu rara… ilmu tanpa sempadan…