Bicara Hati Si Putera Duyong

SEMUT MERAH

semut merah

semut merah

semut merah
apa engkau peduli
langsung tiada kesan
langsung tiada jejas
engkau kan si gajah
punya kulit tebal
punya kudrat kuat
tahan semua musibah
semut merah
apa mahu kesah
ia mahu menggigit
pasti tiada bekas
pijak kasi lumat
senang habis cerita
dengarlah wahai si gajah
memang kamu besar
memang kamu berkuasa
memang kamu punya segala
tapi ingatlah si gajah
kami bukan sedikit
bilangan kami berjuta
jika kami mahu
kamu bisa kami humban
namun akal kami bukan cetek
kami tahu buruk baik
kami tahu mana bergula
kami cukup tahu
kerana kami semut merah

Post By puteraduyong (2,731 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 8 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: