tikus
apa kamu terbayang
pasti makhluk jijik
makhluk suka menggigit
mengerit dalam diam
tanpa sedar
makanan semua habis
pakaian semua rabak
angkara sang tikus
ada tikus kampung
suka bikin onar
keluar dalam gelap
redah kebun getah
redah ladang kelapa sawit
tarah kebun rambutan
ada tikus bandar
juga bukan onar
keluar dalam terang
terjah kedai emas
samun tepi jalan
ragut makcik tua
tikus kampung tikus bandar
semua sama sahaja
susah mahu ditangkap
susah mahu dibanteras
tikus zaman moden
semua sudah pandai
penuh strategi terancang
jaga-jaga semua
perangkap harus dipasang
usah terleka alpa
tikus pasti datang…
TIKUS
{ 2 comments… add one }
Next post: JAMM
Previous post: KUBUR LAIN LAIN











rozuan July 9, 2011 at 4:00 pm
baik tikus betol dari manusia tikus.sama macam hari ni nye.
puteraduyong July 9, 2011 at 4:16 pm
betul tu wan…manusia perangai tikus memang bahaya…