Bicara Hati Si Putera Duyong

MISI PEMBURUAN TERAGUNG

misi pemburuan teragung

Lailatul Qadar

misi pemburuan teragung
sedang giat dipersiap
mahu tawan hasil buruan
yang tiada ternilai harga
tidak sanggup ia terlepas
kerna mengenangkan hadirnya
cuma setahun sekali
misi pemburuan teragung
misi menawan malam keramat
malam seribu keampunan
malam seribu bulan
malam lailatul qadar
ayuh kita siap sedia
usah biarkan kita terleka
kita sudah di akhir ramadhan
harus tingkatkan amalan
kaut selagi terdaya
rebut selagi termampu
usah biar ia terlepas lagi
ayuh sama kita teruskan
misi pemburuan teragung
insyaallah
lailatul qadar jadi milik
bahagialah kita…

Post By puteraduyong (2,732 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: