Bicara Hati Si Putera Duyong

September 7, 2011

BEZA KAU DAN AKU

by puteraduyong — Categories: KETUHANAN — Tags: , 13 Comments
beza kau dan aku

indah ciptaan

beza kau dan aku
cuba kamu cari
apa berbeza agaknya
rambut kita sama hitam
anggota kita semua cukup
kita berpijak di bumi tuhan
kita berpayung di langit sama
beza kau dan aku
mungkin dari paras rupa
mungkin dari harta benda
mungkin dari darjat pangkat
namun hakikat tetap hakikat
kita tetap sama
kita makhluk ciptaan
kita manusia lemah
kita serba kekurangan
kita hamba tuhan
di sisi tuhan tiada beza
datang kita dengan telanjang
kembali juga telanjang
hanya amal penentu beza
itulah beza kau dan aku

Share

13 Comments »

  1. Finaz Jaafar says:

    kesimpulannya kita semua sama,jangan nak feeling good2 sangatlah kalau lebih dari orang lain..cewahhh ayat~ =P
    Finaz Jaafar recently posted..Easy to forgive, Hard to forget

    • puteraduyong says:

      ninaz…betul tu, jgn nak perasan sgt kan…jika kita di atas, ada lagi yang lebih atas dari kita… Tuhan yang Esa…

  2. beza memang tidak berbeza..kita kepunyaan Allah,bezanya nanti adalah siksaan di sana tak tergambar/terfikir di otak dan seronoknya nanti tak tergambar /terfikir di otak…yang perlu percaya dan buat serta tambah(amal)…bezanya adalah titik tempat kita berdiri dan ketitik mana kita akan beralih..bezanya suka dan duka nanti…bezanya di bakar atau dibalut haruman kasturi…bezanya nanti tak terbeza dek otak kerana ia pasti berbeza dengan dunia yang dikejar…disini di kejar…di sana ia menanti!

  3. mesuya says:

    betul tu.. kita sama je.. sepatutnya kena sentiasa ikut resmi padi.. dan pastikan tunduk kita itu kerana Allah dan sujud kita kerana takutnya akan dosa yang kita telah lakukan.. Thanx perkongsian ini :)

  4. LadyBird says:

    setiap org berbeza..

    p/s : putera..cantiklah gmbr tu.. kalau lady nak copy bleh?
    knp xde watermark?
    pandai putera ambik gambar..

  5. ahmad kamil says:

    Kita sebagai manusia tiada beza disisi Allah s.w.t. hanya mutu iman seseorang membuatkan kita berbeza dengan yang lain… ;-)

    Thanks for sharing ye.
    ahmad kamil recently posted..Patut ke Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia?

  6. Wanita2u says:

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
© 2012 Bicara Hati Si Putera Duyong All rights reserved - Wallow theme v0.46.5 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!