Bicara Hati Si Putera Duyong

IBU DAN ANAK

ibu dan anak

IBU DAN ANAK

ibu dan anak
tercipta hubungan misteri
dua jiwa kekal bersatu
talian kukuh kekal utuh
jika sakit si anak
si ibu turut merintih
jika sedih si ibu
si anak turut menangis
ibu dan anak
kasih sayang tiada batas
rasa cinta tiada nilai
tidak mungkin bisa terpadam
walau si anak penagih tegar
walau si anak perosak bangsa
walau si anak penuh dosa
walau si anak cacat lahirnya
di mata sang ibu
anaknya itu paling baik
anaknya itu paling cantik
ibu dan anak
namun banyak kisah terpapar
si anak sudah terlupa
mengikut jejak si tanggang
lupa kantung susu ibu
lupa belai tangan ibu
lupa titisan air mata ibu
lupa ciuman mesra ibu
lupa telapak kaki ibu
wahai anak
kembali pada si tua itu
di situ ada syurga
insyaallah…

IBU DAN ANAK

Kisah ibu dan anak seringkali terpapar di dada akhbar. Banyak sekali kita disajikan dengan kisah ibu muda yang sanggup membuang anaknya sendiri. Ini disebabkan oleh tiada lagi sifat kasih sayang yang telah tercipta sekian lama.

Sifat itu semakin lama semakin menghilang hasil hubungan terlarang yang tidak sepatutnya berlaku. Akibat terlalai dengan cinta palsu maka terciptalah zuriat yang pada hakikatnya suci murni tapi pada zahirnya penuh noda. Lahirlah anak haram yang akhirnya terdampar di tepi tong sampah, di perdu pokok pisang atau di kaki lima kedai.

Kita juga seringkali terbaca kisah si tanggang moden. Kisah si anak yang sanggup mengabaikan ibunya sendiri lantaran si ibu sudah tua dan tidak berdaya. Si ibu sanggup ditinggalkan di rumah-rumah orang tua. Terabailah si ibu yang sentiasa hauskan kasih sayang anaknya.

Titisan air mata ibu sudah tiada nilai lagi bagi mereka. Mereka sibuk mengejar dunia sementara yang pada zahirnya penuh kemanisan hingga melupakan hubungan ibu dan anak.

Semoga tuhan sentiasa melindungi kita. Semoga rasa cinta pada ibu terus kekal bersemi di hati sanubari. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat, insyaallah.

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 2 comments… add one }

  • LadyBird September 17, 2011 at 9:54 am

    kasih syanag ibu bapa dahulu berbeza sgt dengan ibu bapa skrg..
    ibu bapa dahulu syg anak.. akan sanggup pkul anak demi kebaikan si anak..guru2 dibekalkan rotan untuk memukul anak apabila degil.. tetapi ibu bapa sekarang.. sanggup menyaman guru kerana merotan anak mereka..

    Reply edit

Leave a Comment