Bicara Hati Si Putera Duyong

MALAYSIA LAWAN BAHRAIN HARIMAU MUDA PERLU MENANG

Malaysia lawan Bahrain Harimau Muda perlu menang

HARIMAU MUDA

MALAYSIA LAWAN BAHRAIN HARIMAU MUDA PERLU MENANG

Malaysia lawan Bahrain Harimau Muda perlu menang
itu sahaja peluang akhir
yang perlu kita buru
menang dengan Bahrain
agar tiada terjejas
mahu buru tempat
agar terus berpeluang
rebut satu tempat
bagai perlawanan hidup mati
dalam dada harus semati
Malaysia lawan Bahrain Harimau Muda perlu menang
sasaran tiga mata penuh
itu yang kita cari
itu yang kita perlu
agar hidup segala peluang
buat terus berjuang
dalam saingan kelayakan
buat kamu skuad harimau muda
doa kami sentiasa bersama kalian
kami tak pernah jemu
sokong kamu dari belakang
itu sahaja kami mampu
Malaysia lawan Bahrain Harimau Muda perlu menang
teruskan selagi ada daya
teruskan sampai akhir masa
usah tunduk sebelum menyerah
usah menyerah sebelum lelah
kamu pasti boleh
semoga kamu berjaya
wahai si harimau muda
MALAYSIA BOLEH…!

TONIK TERBAIK
Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluangnplayoff di Bukit Jalil

Berita keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu. “Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita.

“Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 15 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Malaysia lawan Bahrain Harimau Muda perlu menang
sumber : bharian

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 5 comments… add one }

Leave a Comment