PEMIMPIN OH PEMIMPIN
pemimpin oh pemimpin
anda itu pemimpin
ada orang perlu dipimpin
sematlah dalam benak
anda pemimpin terhebat
berfikirlah cara pemimpin
bertindaklah cara pemimpin
buatlah keputusan cara pemimpin
pemimpin oh pemimpin
mana bisa kamu emosional
mana boleh kamu lemah
kamu harus kuat
teguh hadapi kemelut
teguh tentang badai
teguh terjah ke laut
pemimpin oh pemimpin
ingatlah watakmu itu
kamu itu pemimpin
bukan si pak turut
bukan si pak sanggup
bukan si pak angguk
bukan juga si pak kaut
tolonglah sedar
pemimpin oh pemimpin …
TEGURAN BUKTI DR MAHATHIR SAYANG UMNO
Persepsi masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah ada peningkatan walaupun belum cukup baik dan mantap kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, teguran yang dibuat Tun Dr Mahathir membuktikan beliau masih cinta dan sayangkan Umno dan mahu melihat Umno terus kuat dan pada masa yang sama mempertahankan kedudukan sebagai sebuah kerajaan.
“Saya percaya itulah sebabnya beliau suarakan pandangan dan pendapat secara ikhlas walaupun kadang-kadang pahit atau pedas. Biasalah kita harus terima peringatan itu dengan rasa keinsafan dan kesedaran,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anugerah Ilham Desa (AID) Peringkat Kebangsaan 2011 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalannya, Datuk Hassan Malek dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ibrahim Muhammad.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir kelmarin yang antara lainnya dipetik sebagai berkata bahawa wujud banyak pertikaian dalaman dalam Umno selain parti itu menghadapi kekurangan ketua yang berkebolehan. Bagaimanapun Muhyiddin berkata, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran negara dari bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, keadaan bukan mudah, malah semua orang mengakui berlaku ‘tsunami politik’ menyaksikan kekalahan BN di beberapa negeri.
“Sebenarnya cabaran kita bukan mudah, mungkin boleh dibandingkan Umno dulu pada zaman Tun (Dr Mahathir) dan zaman sebelum itu, tapi situasi sudah berubah,” katanya.
sumber : metro










