Bicara Hati Si Putera Duyong

SESAT DI KUBUR MAKAM KERAMAT

sesat di kubur makam keramat

SYIRIK KHURAFAT

SESAT DI KUBUR MAKAM KERAMAT

sesat di kubur makam keramat
pelik memang nampak pelik
jika ditelah kuasa tuhan
memang tiada peliknya
tuhan itu maha kuasa
segala ketentuan pasti dariNya
buktinya jelas di hadapan mata
buat pedoman manusia lalai
agar jangan lagi melupakan
kuasa yang lebih besar
kuasa yang maha agung
kuasa tuhan yang satu
sesat di kubur makam keramat
dapatkah diterima akal
di petak cuma sekangkang kera
cuma di sebuah makam lama
jika sesat di hutan belantara
itu sudah jadi biasa
namun sesatnya di makam ulama
hasil dari perbuatan sesat
perbuatan syirik lagi khurafat
mengundang suatu dosa besar
dosa tiada kan terampun
kecualilah dengan taubat nasuha
taubat sebenarnya taubat
sesat di kubur makam keramat
ingatan buat kaki nombor ekor
balasan tuhan itu benar
percayalah sebenar-benarnya
moga kamu insaf
tiada lagi ulangi
bertaubatlah…

ESAKAN DI MAKAM KERAMAT

KUALA TERENGGANU : “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini. Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan khurafat di kubur berkenaan. “Hampir setengah jam ketiga-tiga lelaki terbabit merayu supaya membantu mereka sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Mereka menarik-narik baju saya meminta simpati,” ujarnya lagi.

Syeikh Abdul Malik adalah pendakwah Islam terawal di Terengganu yang berasal dari Baghdad, Iraq. Beliau dilahirkan pada 1650 dan dikenali sebagai Tok Pulau Manis dan menjadi penasihat Sultan Zainal Abidin I dari 1708 hingga 1733. Ulama terkenal itu meninggal dunia ketika berusia 80 tahun pada 1730.

sesat di kubur makam keramat
picture credited to google

Post By puteraduyong (2,749 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment