BAWEL DAN 3G TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MEGA
Bawel dan 3G tersingkir maharaja lawak mega
itulah dikatakan takdir
walau sehebat mana usaha
walau sekuat mana daya
pasti tiada terlawan
kuasa tiada terbatas
takkan bisa kita melawan
itulah kuasa tuhan
harus kita semua ingat
Bawel dan 3G tersingkir maharaja lawak mega
nasib tidak menyebelahi mereka
Bawel dan 3G harus terima
dengan fikiran dan hati terbuka
akur dengan segala keputusan
persaingan cukup hebat
persaingan cukup sengit
walaupun mereka sebenarnya hebat
hingga kekal ke minggu keenam
itu sebenarnya sudah cukup
membuktikan keupayaan mereka
bukan mereka tidak bagus
bukan mereka tidak lawak
namun masih belum cukup
buat memikat hati peminat
buat memikat hati juri
Bawel dan 3G tersingkir maharaja lawak mega
buat Bawel dan 3G
semoga terus kamu sukses
di pentas lain di hadapan
kamu pastinya hebat…
BAWEL DAN 3G TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MEGA
Maharaja Lawak Mega Astro meneruskan lagi aksi para peserta di minggu keenam. Sebanyak sembilan kumpulan atau individu yang masih kekal untuk membuat persembahan pada malam tadi. Persembahan pada minggu keenam ini adalah berkonsepkan komedi muzikal. Semua peserta menunjukkan aksi yang menghiburkan dengan nyanyian lawak mereka.
Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tetap tidak menghampakan sebilangan besar peminatnya. Mereka tampil membawakan lagu “bersunat” dengan rentak ala K-Pop dengan tarian yang mencuit hati penonton.
Setelah undian ditutup pada lewat akhir persembahan mereka, tiga kumpulan berada pada kedudukan terbawah tidak dapat memenangi hati juri dan peminat iaitu Saehu, Bawel dan 3G. Akhirnya nasib tidak menyebelahi kumpulan Bawel dan kumpulan 3G. Perjuangan mereka di arena Maharaja Lawak Mega Astro berakhir malam tadi.
Di sebalik keputusan itu, Chef Wan melahirkan rasa terkejut kerana mereka para juri tidak menyangka Bawel dan 3G tersingkir akhirnya. Para juri merasakan mereka sebenarnya lebih hebat lagi berbanding dengan kumpulan atau individu yang lain. Undian SMS daripada para peminat mereka sebenarnya lebih rendah daripada kumpulan lain yang menyebabkan mereka terkeluar.
picture credited to google












mknace December 3, 2011 at 7:12 am
i’m back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited
puteraduyong December 3, 2011 at 7:23 am
wah mknace…selamat jenjalan…