CARLOS TEVEZ MILIK AC MILAN
carlos tevez milik ac milan
itulah yang bakal terjadi
dalam sedikit masa lagi
kata setuju telah dicapai
kata sepakat sudah tersurat
kata muafakat tanda jadi
tunggu sahaja hitam putih
tevez pasti terbang ke itali
carlos tevez milik ac milan
mungkin di sana lebih serasi
mungkin di sana cahaya bersinar
mungkin di sana lebih gemerlap
memancarkan semula sinarnya
yang kini semakin malap
tanda munculnya ramai bintang
tanda bersinarnya bintang lain
maka terpinggirlah si tevez
carlos tevez milik ac milan
selamat tinggal liga inggeris
itulah yang sepatutnya diucapkan
setelah lama bertapak di situ
kini sudah tiba masanya
bermula suatu penghijrahan
ke suatu situasi baru
ke serie A italia
buat kamu wahai carlos tevez
di manapun kamu beraksi
selamat berjaya buat kamu
carilah kebahagiaan di sana
pasti kamu jumpa…
Tevez setuju sertai AC Milan
Naib presiden AC Milan Adriano Galliani telah mendedahkan yang persetujuan dengan Carlos Tevez telah dicapai. Walaupun pemain itu telah setuju, masih tiada lagi persetujuan antara kelab Itali itu dengan Manchester City.
Laporan di Itali mendakwa yang pihak Rossoneri itu telah menawarkan untuk mengambil Tevez sebagai pinjaman untuk enam bulan dengan pilihan untuk menandatangani pemain itu untuk 23 juta Euros. “Dari semalam hingga hari ini, saya telah mengambil langkah untuk mengukuhkan pasukan,” Galliani memberitahu Milan Channel.
“Kami sudah membuat persetujuan dengan Tevez dan telah memberi e-mel kepada City tentang tawaran kami. Kami berharap yang City bersetuju juga. Ada kelab Eropah lain yang berminat tetapi kami di hadapan. Tevez ingin bersama kami. Dia sudah pun setuju. Kini ia bergantung kepada City,” kata Galliani lagi.
Milan sedang cuba mengukuhkan barisan penyerang mereka kerana kehilangan Antonio Cassano. “Tevez masih belum bermain, dia adalah pemain yang handal dan dia akan maju bersama kami. Kami boleh memanjangkan lagi persetujuan ini. Matlamat kami ialah untuk membawanya ke Dubai (tempat latihan Milan) seperti yang dibuat dengan David Beckham dan Antonio Cassano,” sambung Galliani lagi.
carlos tevez milik ac milan
sumber : espnstar










