Bicara Hati Si Putera Duyong

CITY DAN UNITED TERSINGKIR

city dan united tersingkir

MANCHESTER UNITED TEWAS KEPADA BASEL 1-2

CITY DAN UNITED TERSINGKIR

city dan united tersingkir
itulah yang terjadi tadi
dua gergasi barclays premier league
gergasi hebat adik beradik
manchester city penaung takhta
manchester united gagah perkasa
tersingkir mereka akhirnya
dari pentas liga juara-juara
tiada apa yang perlu diperkata
itulah hakikat pahit mereka
terpaksa jua mereka terima
walau menangis walau menjerit
keputusan takkan berubah lagi
city dan united tersingkir
seawal minit wisel tertiup
manchester city seakan berlagak garang
serangan bertalu-talu
mencuba tanpa jemu
hasilnya mereka menang di etihad
namun kemenangan itu tiada makna
semuanya sudah terlambat
napoli tetap mencipta kemenangan
stadium etihad akhirnya sepi
tiada lagi sorak gembira
airmata semua menitis
city dan united tersingkir
lain pula ceritanya manchester united
mereka tetap berjuang hebat
namun gol awal Basel merencat gerak
nampak semua seakan tertekan
serba serbi tidak menjadi
dah basel terus menambah jaringan
united terus terluka parah
kecundang mereka di St-Jakob Park
basel terus keriangan
takziah buat city dan united

CITY DAN UNITED TERSINGKIR DARI SAINGAN LIGA JUARA-JUARA

Manchester City berjaya mencatatkan kemenangan di Stadium Etihad tetapi kemenangan itu seperti tidak bermakna lagi setelah Napoli juga menewaskan lawan mereka. City bermain cantik dengan gerakan hebat dan bersungguh untuk mencipta kemenangan sambil mengharapkan tuah agar Napoli tewas menentang Villareal.

Namun suasana muram akhirnya menyelubungi Stadium Etihad apabila menerima perkhabaran yang Napoli telah mencatatkan kemenangan mutlak ke atas Villareal. Dengan kemenangan Napoli itu, City tetap kekal di tangga ketiga kumpulan A.

Manchester United pula telah menghadapi perlawanan yang amat sukar di St-Jakob park setelah Marco Streller membolos pintu gawang mereka pada minit ke-9. Mereka telah cuba merampas kembali kuasa tetapi tidak mampu dengan Wayne Rooney terlepas peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan. Alexander Frei pula telah menambah gol kedua untuk Basel lapan minit sebelum masa penamat. Phil Jones telah mendapatkan gol yang telah memberi harapan kepada pasukannya tetapi setakat itu sahaja, kemenangan kelihatan terlalu jauh.

Dengan penyingkiran ini, United bukan sahaja telah merugikan berjuta-juta dollar kerana tidak layak untuk ke pusingan seterusnya di Liga Juara-Juara, mereka juga terpaksa menyertakan diri dalam Liga Eropah, kejohanan yang tidak setaraf dengan United.

sumber : espnstar

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment