Bicara Hati Si Putera Duyong

JORDI GOMEZ PERENCAT CHELSEA

jordi gomez perencat chelsea

JORDI GOMEZ

JORDI GOMEZ PERENCAT CHELSEA

jordi gomez perencat chelsea
itu yang terjadi sebentar tadi
kala sudah terbit sinar kemenangan
kala semua sudah mahu merayakan
saat gemilang sebuah kemenangan
dan di saat itulah akhirnya
terbantut segala hasrat hati
terkedu melihat segala aksi
bagaikan tidak percaya
namun itulah hakikat pahit
yang diterima skuad chelsea
the blues akhirnya tersenyum kelat
jordi gomez perencat chelsea
hanya satu mata sahaja dikutip
dari stadium DW sebentar tadi
tiada apa boleh dipertikaikan
ternyata wigan tidak menghampakan
bertalu gerak serangan tercipta
bertubi kubu chelsea diuji
ternampak sedikit kelam kabut
di barisan pertahanan the blues
bagaikan ada sesuatu tidak kena
pada taktikal barisan pemain
ternampak begitu buntu sekali
jordi gomez perencat chelsea
baru sahaja ingin menggugat
pasukan hebat di puncak takhta
namun segalanya sedikit terencat
angkara si jordi gomez
penyerang hebat milik wigan
buat skuad chelsea the blues
cuba lagi di lain masa
jadikan ini pengajaran berguna
buat kamu lebihkan usaha
kamu masih mampu menggegar
go chelsea go!

JORDI GOMEZ PERENCAT CHELSEA
Wigan 1-1 Chelsea

Perlawanan di antara Chelsea dan Wigan sebentar tadi telah berkesudahan dengan seri 1-1. Wigan yang telah menerima kunjungan Chelsea ke Stadium DW ternyata mempamerkan permainan yang hebat selaku tuan rumah. Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri menjadikan mereka beraksi begitu mantap dengan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pertahanan Chelsea.

Permainan pada separuh masa pertama telah berkesudahan tanpa jaringan. Masuk sahaja ke babak kedua, pemain Wigan terus melancarkan serangan demi serangan namun tidak berhasil menjaringkan gol yang dikawal baik oleh Petr Cech. Wigan akhirnya dikejutkan oleh jaringan Daniel Sturridge pada minit ke 59 yang menerima hantaran jauh daripada Ashley Cole.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Wigan terus menggandakan lagi usaha dan akhirnya Jordi Gomez menceriakan suasana Stadium DW. Gomez menjaringkan gol dua minit sebelum tamat perlawanan iaitu pada minit ke-88. Skuad bimbingan Andre Villas-Boas iaitu Chelsea akhirnya terpaksa berpuas hati dengan mengutip hanya satu mata dari Stadium DW.

jordi gomez perencat chelsea
sumber : dailymail

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment