Bicara Hati Si Putera Duyong

MANCHESTER UNITED MENANG MUDAH

manchester united menang mudah

QPR 0-2 MANCHESTER UNITED

MANCHESTER UNITED MENANG MUDAH

manchester united menang mudah
skuad baru di barclays premier league
QPR tertekan di Loftus Road
menahan serangan bertubi bertalu
jelas ternampak beza ketara
antara kedua pasukan nyata
united tampil penuh gaya
gaya biasa pasukan juara
gaya gah pasukan merah
aksi hebat tiada terkalah
manchester united menang mudah
itu sahaja yang boleh diperkatakan
bila melihat aksi tadi
QPR ternyata bukan saingan
masih banyak perlu tingkatkan
kualiti serangan perlu ditajam
benteng pertahanan perlu diteguh
kualiti taktikal perlu disepuh
namun bukan bermakna lemah
tetap juga mereka menjengah
mencuri peluang tatkala tiba
namun semuanya hampa belaka
manchester united menang mudah
segala usaha segala teknik
telah habis diguna pakai
namun masih juga belum cukup
buat QPR menghukum united
mereka akhirnya terhukum
di gelanggang kebanggaan sendiri
tahniah manchester united
tahniah alex ferguson
kamu ternyata hebat…

QPR 0-2 Manchester United

United memberi tekanan kepada Manchester City dengan merampas kebali tempat teratas kedudukan Liga Barclays. Wayne Rooney menjaringkan gol ke 15 musim ini setelah 52 saat dan pasukan juara bertahan terlepas beberapa peluang gol sebelum Michael Carrick mendapatkan gol pertamanya sejak dua tahun lalu.

Kemenangan itu meletakkan United satu mata di atas City sebelum mereka menghadapi Arsenal dan walaupun pasukan Sir Alex Ferguson telah disingkir dari Liga Juara-Juara dan Piala Carlin, mereka telah mendapatkan 19 mata sejak kekalahan 6-1 kepada pasukan Roberto Mancini. Ferguson mungkin berasa amat marah terhadap kenyataan Roy Keane yang telah meningkatkat perkelahian mereka. Keane telah memberi kritikan yang tegas kepada pemain muda kelab itu, yang telah mendapat peluang untuk membuktikan diri mereka di Loftus road dan mendapatkan gol dalam seminit.

Rooney menanduk bola kepada Antonio Valencia di sebelah kanan padang sebelum menerima bola darinya dan menanduk masuk. Pada minit ke 56, Carrick merampas bola dari Barton dan membawanya lalu barisan pertahanan QPR sebelum menendang bola dari luar kotak penalti masuk gawang. Serangan United bertambah dengan percubaan Rooney dan Welbeck diselamatkan Cerny. Javier Hernandez kemudian mengganti Welbeck setelah membuat pemulihan yang pantas.

manchester united menang mudah
sumber : espnstar

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment