MASTERCHEF MALAYSIA HEBAT
masterchef malaysia hebat
bila melihat aksi mereka
bagaikan tidak percaya rasa
rupanya negara kita ini
penuh dengan insan hebat
yang punya segala bakat
tidak kira apa bidang
itulah yang dapat dilihat
di program masterchef malaysia
ramai punya bakat terpendam
gaya memasak bagai bintang
masterchef malaysia hebat
tidak kira lelaki atau wanita
tidak kira mana asal
tidak kira apa bangsa
tidak kira berapa usia
semua nampak hebat
bila berteman dapur dan kuali
bila berteman sudu dan garfu
ternyata penuh idea tercurah
terlahir hidangan penuh enak
masterchef malaysia hebat
tiada siapa boleh jangka
walau cuma penoreh getah
walau cuma seorang pelajar
walau cuma seorang pekebun
apatah lagi seorang peguam
apatah lagi seorang doktor
semua nampak hebat
masterchef malaysia hebat
MASTERCHEF MALAYSIA HEBAT
Setelah menjalani ujibakat di 5 lokasi seluruh negara, program realiti hiburan berkonsepkan masakan di Malaysia, MasterChef Malaysia bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) mulai 22 Oktober 2011. Rancangan yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini bersiaran bermula 22 Oktober 2011 di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011.
Rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.
STAR World akan menyiarkan Kuliah Master (MasterClass) yang akan menampilkan ramai selebriti dan para selebriti chef manakala program-program yang lain akan diudarakan di Astro Ria. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
40 orang peserta yang telah terpilih rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti. Sewaktu di Bootcamp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia.
picture credited to google.










