Bicara Hati Si Putera Duyong

MENGAPA RASA TERPINGGIR

mengapa rasa terpinggir

RASA TERPINGGIR

MENGAPA RASA TERPINGGIR

mengapa rasa terpinggir
mengapa rasa tersisih
rasa tiada siapa peduli
rasa tiada siapa mendekati
cuba pandang kelilingmu itu
apakah langsung tiada sesiapa
apakah tiada lagi wujudnya insan
apakah semuanya hanya haiwan
yang melata di segenap celah
yang merayap di segenap lurah
mengapa rasa terpinggir
mengapa harus rasa begitu
jika ditilik rupa paras
tiada langsung cacat celanya
jika dilihat susuk badan
tiada langsung terkurang sifatnya
jika dilihat pada kedudukan
itu hanya persoalan picisan
bukan lagi jadi persoalan
di dunia serba kemodenan
bukan lagi di takuk bawahan
yang sentiasa terikat pada kasta
kita bukan lagi di zaman silam
mengapa rasa terpinggir
mangapa masih rasa begitu
apa dipeduli keluargamu siapa
apa dipeduli siapa mereka
hulurkan sahaja tanganmu
jika kamu tulus ikhlas
mereka pasti sambut megah
mereka pasti berjabat mesra
kita bukan lagi terpinggir
kita sudah menongkah arus
kita sudah merentas samudera
kita sudah bebas merdeka
kita sudah di millenium terkini
persetankan saki baki tersisa itu
mereka pasti terbuka mata
di suatu masa dan ketika
mengapa rasa terpinggir
usah melukut tepian gantang
usah bersifat cuma picisan
yang hadir tiada terlihat
yang sembunyi langsung hilang
yang tak mungkin bersinar terang
yang tak mungkin jadi tumpuan
yang terlindung bayang gelap
yang tak mungkin terjumpa
bagai semut hitam dalam gelap
sambil mencari langsung terpijak
jangan kita dan kamu lupa
walau gelap pantas menyelit
walau gelap boleh menggigit
walau gelap tajam pandangan
nampak segala apa tersurat
yang tersirat pasti dirungkai
walau picisan pandangan insan
pasti terhebat pandangan taulan
kita insan ciptaan terhebat
mengapa rasa terpinggir

MENGAPA RASA TERPINGGIR

Kita sekarang hidup di dunia serba moden yang menperlihatkan banyak peluang yang boleh kita ambil dan pergunakan untuk kemajuan diri, keluarga dan masyarakat. Seharusnya peluang yang terhidang itu tidak harus dipersiakan dan dibiarkan oleh orang lain ataupun bangsa asing lain merebutnya.

Malaysia ini adalah sebuah negara yang semakin menuju kemodenan. Namun segala kemajuan itu harus seiring dengan kemajuan dari segi sahsiah diri, sikap toleransi, akhlak perbuatan serta ketaatan dalam beragama. Semua itu tidak harus dilupakan dan tidak harus dipingggirkan.

picture credited to google

Post By puteraduyong (2,739 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment