Bicara Hati Si Putera Duyong

SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA HIDUP

siti nurhaliza bongkar rahsia hidup

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA HIDUP

siti nurhaliza bongkar rahsia hidup
wah rahsia apa agaknya
mahu dibongkar seluas luasnya
biar semua dapat melihat
biar semua dapat merasa
biar semua dapat mendengar
biar semua dapat tahu
semua rahsia tentang siti
siti nurhaliza bongkar rahsia hidup
pasti ramai sedang tertunggu
apakah agaknya mahu dikongsi
oleh si penyanyi lemak merdu
suara enak bak buluh perindu
membuat hati bergetar selalu
menjadi halwa di kala sendu
menjadi ubat di kala perlu
menjadi penyeri di kala jemu
siti nurhaliza bongkar rahsia hidup
sama sama kita tunggu
cerita apa mahu dibawa
cerita apa mahu dibongkar
pasti penuh eksklusif
buat tatapan peminat sejati
tahniah buat datuk siti
anda maju setapak lagi

SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA HIDUP

JIKA mengimbau kembali kenangan 16 tahun lalu, tiada apa yang istimewanya gadis bernama Siti Nurhaliza Tarudin. Dia hanya gadis kampung yang dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Kehidupan semasa kecilnya banyak dihabiskan dengan membantu keluarga menjual kuih karipap sardin dan keria.

Namun, perubahan kehidupan anak keempat daripada lapan beradik itu mula berubah sekelip mata selepas melibatkan diri dalam dunia seni suara bermula pada tahun 1995.

Kini, dia dikenali sebagai Datuk Siti, 32, dan kejayaan yang dikecapi dalam bidang seni dan perniagaan produk Simply Siti sememangnya cukup membanggakan warga Malaysia. Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai aura yang mampu membuatkan orang sekelilingnya menyanyangi dan menyanjunginya.

Bukan sengaja ingin membuka kisah lampau Siti tetapi ini semua adalah rentetan perjalanan hidup Siti Nurhaliza daripada gadis kampung menjadi penyanyi berprolifik tinggi yang bakal disiarkan dalam saluran History (Astro 555). Menariknya, dokumentari itu bakal ditayangkan pada 11 Januari 2012 pada pukul 10 malam sempena sambutan hari jadi Siti yang ke-33.

Hakikatnya, dokumentari yang bertajuk Siti Nurhaliza itu juga bakal menyingkap rahsia dan sisi Siti yang tidak pernah diketahui peminatnya selama ini. Malah, Siti sendiri tidak menentukan atau mengedit dokumentari terbitan Red Communication Sdn. Bhd. tersebut agar ia telus ditonton masyarakat Malaysia.

sumber : kosmo

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment