Bicara Hati Si Putera Duyong

ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH

anwar ibrahim tidak bersalah

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH

ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH

anwar ibrahim tidak bersalah
itu bukan kata aku
itu bukan juga kata kamu
itu kata mahkamah tinggi
lambang perundangan negara
apa mahu dipertikai lagi
usah cuba pertikai lagi
terimalah dengan penuh terbuka
hakikat yang sudah tersurat
dari kandang kamar mahkamah
anwar ibrahim tidak bersalah
ini pasti disambut penuh ceria
perkhabaran lama ditunggu dinanti
oleh semua penyokong sejati
oleh semua anak dan isteri
oleh semua saudara mara
serta teman penuh akrab
tiada lagi mereka berhimpun
maka amanlah suasana ibu kota
berakhirlah kempen bebaskan anwar 901
semua pulang dengan senyum di muka
anwar ibrahim tidak bersalah
bagi yang bukan penyokong anwar
terpalit sedikit calar di hati
timbul rasa tak puas hati
mengapa pertuduhan tidak menjadi
mana pergi semua bukti
apakah tak cukup lagi
dengan semua apa diberi
namun itulah hakikat kita pegang
berpandu prinsip rukunegara
kedaulatan undang-undang
perlu juga kita daulatkan
harus patuh tidak berbelah bahagi
jika bersalah kata mereka
maka bersalahlah si pesalah
jika tidak bersalah kata mereka
maka tidak bersalahlah si pesalah
pada hari ini di sembilan januari
anwar ibrahim tidak bersalah
mahkamah tinggi sudah putuskan
terimalah seadanya …

ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,738 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment