Bicara Hati Si Putera Duyong

DATUK LEE CHONG WEI JUARA BADMINTON TERBUKA KOREA 2012

datuk lee chong wei juara badminton terbuka korea 2012

DATUK LEE CHONG WEI

DATUK LEE CHONG WEI JUARA BADMINTON TERBUKA KOREA 2012

datuk lee chong wei juara badminton terbuka korea 2012
tahniah buat datuk lee
berhasil juga datuk tadi
menewaskan musuh paling ketat
menewaskan musuh nombor satu
musuh sepanjang zaman lagaknya
apapun adat pertandingan biasa
ada yang kalah ada yang menang
yang kalah terus berjuang
yang menang juga tidak terleka
perjuangan di arena tetap diteruskan
datuk lee chong wei juara badminton terbuka korea 2012
pasti terbalas segala dendam
yang pasti tak pernah padam
membuat di hati datuk lee
tatkala kemenangan sebentar tadi
tergambar jelas puas di hati
melompat penuh kegirangan
senyum penuh terukir indah
ketawa dan terus ketawa
tanda bahagianya rasa di sukma
datuk lee chong wei juara badminton terbuka korea 2012
tahniah lagi sekali datuk
datuk sudah buktikan sebenarnya
datuk juga mampu menang
datuk mampu bangkit kembali
bila-bila masa sahaja
dan di mana-mana sahaja
kerna datuk ada semangat harimau
yang sentiasa sahaja mengaum
yang pantang tunduk menyerah
pantang undur walau selangkah
sampai rebah …

DATUK LEE CHONG WEI JUARA BADMINTON TERBUKA KOREA 2012

Pemain No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Korea dalam acara perseorangan lelaki dengan menewaskan musuh ketatnya Lin Dan dari China. Walaupun tewas 12-21 di set pertama, namun beliau bangkit di dua set seterusnya untuk menewaskan Lin Dan 21-18, 21-14 dalam masa sejam 16 minit di venue kejohanan di Gimnasium Olimpik Seoul.

Kejayaan Chong Wei ini merupakan kejayaan yang sama yang diciptanya ke atas jaguh dunia itu di kejohanan yang sama tahun lalu. Beliau menggondol US$75,000 (RM235,875) sementara Lin Dan membawa pulang US$38,000 (RM119,510). Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei di atas kemenangannya itu. Kemenangan itu ternyata mengubat sedikit kedukaan yang melandanya setelah tewas berturut-turut ke atas musuh ketatnya itu.

Chong Wei mara ke peringkat akhir setelah mengalahkan pemain bukan pilihan dari China, Du Pengyu pada Sabtu. Lin Dan pula mengalahkan pemain Jepun, Sho Sasaki dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

sumber : bernama

Post By puteraduyong (2,744 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment