Bicara Hati Si Putera Duyong

January 20, 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

by puteraduyong — Categories: KETUHANAN — Tags: 7 Comments
izwan pilus meninggal dunia

ALLAHYARHAM IZWAN PILUS - DOAKAN KESEJAHTERAANNYA DI SANA

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

izwan pilus meninggal dunia
salam penuh takziah buat semua
ahli keluarga serta saudara mara
di atas kehilangan kekal abadi
yang pergi takkan kembali lagi
menyahut panggilan ilahi
sudah sampai ajalnya di sini
di sinilah ternoktahnya perjalanan
seorang hamba di bumi tuhan
membawa bersama segala amalan
yang dikerjakan di dunia fana
buat mengadap tuhan yang esa
izwan pilus meninggal dunia
pemergian yang tidak siapa jangka
kala usia masih muda remaja
kala kudrat tenaga masih gagah
beri suatu pengajaran buat kita semua
tidak kira siapa kita
tidak kira di mana sahaja
tidak kira bilakah masa
bila sampailah ajal kita
maka tidak mungkin akan terlewat
walaupun cuma satu saat
dan tidak juga akan terawal
walaupun cuma satu saat jua
izwan pilus meninggal dunia
bagi kita yang masih tinggal
doakanlah kesejahteraan beliau di sana
moga dipermudahkan segala urusan
agar berbahagia di sisi tuhan
doakan juga untuk kita semua
agar urusan kita jua dipermudahkan
bila kita dijemput nanti
di suatu masa belum pasti
namun yang tetap pasti
mati itu pasti

Izwan Pilus Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad. Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini. Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang. “Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan. Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

izwan pilus meninggal dunia
sumber : mstar

Share

7 Comments »

  1. [...] berita bahawa penyanyi Izwan Pilus telah meninggal dunia pada pukul 6.15 petang Jumaat. Inna lillahi wa inna ilaihi ra’ajiun. nuffnang_bid = [...]

  2. akuzle ayu says:

    begitulah ‘adat’ kita sebagai hambaNYA.. terkejut juga td. sedekahkan al-fatihah…
    akuzle ayu recently posted..Hanya Beberapa Hari Lagi

  3. Tak taulah nak kata apa,dah ajar nak buat camna g..

  4. Sham Slayer says:

    Saya rasa macam keliru kat sini, beliau di katakan meninngal akibat demam kuning tapi bila saya baca kat atas pulak, jangkitan paru-paru, mana satu yang betul ni… sebab saya kat luar negara, jadi saya terkejut bila dengar berita macam ni….

    • puteraduyong says:

      sham… mengikut kata aril adiknya… arwah meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan oleh kencing tikus… itu yang mereka katakan… yang selanjutnya hanya tuhan yang tahu…

  5. Semoga arwah sentiasa senang disana… amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
© 2012 Bicara Hati Si Putera Duyong All rights reserved - Wallow theme v0.46.5 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!