Bicara Hati Si Putera Duyong

JUARA MASTERCHEF MALAYSIA PERTAMA EZANI ATAU WAHIDAN

juara masterchef malaysia pertama ezani atau wahidan

MASTERCHEF MALAYSIA AKHIR

JUARA MASTERCHEF MALAYSIA PERTAMA EZANI ATAU WAHIDAN

juara masterchef malaysia pertama ezani atau wahidan
sesungguhnya ini langkah kemuncak
buat pencarian bakat terpendam
yang selama ini tiada kelihatan
namun akhirnya terluah juga
inilah langkah terakhir mereka
buat bergelar sang juara terbaik
juara masterchef malaysia pertama
jadi buruan mereka berdua
juara masterchef malaysia pertama ezani atau wahidan
siapakah agaknya yang layak nanti
yang bakal dinobatkan setingginya
selaku tukang masak harum nama
mengharumkan nama seluruh keluarga
mengharumkan nama seluruh daerah
ezani si doktor gigi muda
atau si wahidan sang petani biasa
siapa sangka doktor gigi boleh memasak hebat
gaya seakan chef selebriti terkenal
jauh lebih hebat dari chef yang ada
tiada juga siapa pun menyangka
si petani boleh memasak hidangan enak
punya teknik punya karisma
seakan bakatnya terpendam begitu lama
pandai mengadun segala bahan rasa
memikat hati siapa melihatnya
juara masterchef malaysia pertama ezani atau wahidan
milik siapakah agaknya nanti
takhta yang mereka semua impikan
sama-sama kita nantikan
di masterchef malaysia akhir
EZANI ATAU WAHIDAN …

MASTERCHEF MALAYSIA AKHIR EZANI VS WAHIDAN

Langkah terakhir menuju ke kemuncak MasterChef Malaysia menjadi milik Ezani dan Wahidan apabila mereka berdua terpilih melalui cabaran berbeza dalam separuh akhir MasterChef Malaysia. Kedua-dua mereka akan berentap dalam MasterChef Malaysia Akhir yang bakal menentukan pemilik hadiah wang tunai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri.

Ezani Farhana, seorang doktor gigi berusia 26 tahun terpilih sebagai peserta pertama memasuki pusingan akhir MasterChef Malaysia apabila memenangi Cabaran Peti Saji Misteri. Hidangan Ayam Gulung Dengan Krim Asparagus Dan Tat Bawang dan Kek Coklat Kelapa Dan Anggur ternyata memikat hati kesemua juri termasuk juri khas yang didatangkan dari seberang lautan iaitu Juara MasterChef Australia Musim ke-2 iaitu Adam Liaw.

Daging Stik Bersos Kantan milik Wahidan telah terpilih untuk mengiringi Ezani dalam MasterChef Akhir nanti sekaligus menamatkan perjalanan buat Zamir dan Amita dalam MasterChef Malaysia. Siapakah yang bakal memenangi dan merebut gelaran MasterChef Malaysia yang pertama? Jangan lupa saksikan MasterChef Malaysia Akhir pada hari Ahad, 8 Januari, 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

juara masterchef malaysia pertama ezani atau wahidan
sumber : astro

Post By puteraduyong (2,729 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment