RASULULLAH TOKOH SEKS SUCI ISLAM
rasulullah tokoh seks suci islam
itu kempen kelab taat suami
yang hebat dicanang seluruh negara
mengundang pelbagai persoalan
dari sudut negatif pandangan umum
dari sudut positif pandangan umum
semua turut lontarkan pendapat
semua turut lontarkan hujah
yang kadangkala dilihat mengelirukan
yang kadangkala juga masuk akal
semua bagai bercampur baur
bagai ada sesuatu yang mengganggu
dari sudut mata hati akal dan minda
rasulullah tokoh seks suci islam
sememangnya rasullullah tokoh semua bidang
semua aspek penting kehidupan
namun usah cuba permainkan
usah juga cuba persendakan
usah juga cuba perkecilkan
jika nama besar itu terpalit arang
pasti tempiasnya cukup besar
pada kita semua umat islam
harus kita tentang sehabisnya
kerna rasulullah insan paling mulia
insan agung pemimpin umat manusia
usah permainkan nama junjunganku
dan nama junjungan kamu juga
rasulullah tokoh seks suci islam
fikirkanlah sehabis sedalamnya
apakah perlu kempen ini
anda sendiri yang tentukan
anda kan bijak
fikirkan …
RASULULLAH TOKOH SEKS SUCI ISLAM
Mashitah Mahu Kempen Seks Cara Rasulullah Dihentikan Segera
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berharap kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” anjuran Kelab Taat Suami dihentikan segera kerana ia jelas menghina Nabi Muhammad SAW. Mashitah berkata, terdapat banyak aspek ketokohan lain yang terdapat dalam diri Rasulullah yang boleh diketengahkan berbanding melihat baginda sebagai seorang ‘tokoh seks’.
“Kita melihat Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan yang baik. Banyak lagi aspek yang boleh diketengahkan tentang baginda iaitu sebagai tokoh keluarga, tokoh kepimpinan, panglima perang dan banyak lagi yang hebat-hebat. “Tiba-tiba kenapa sudut ini (seks) yang menjadi fokus mereka?. Ini satu penghinaan dan kempen ini perlu dihentikan segera,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Mashitah berkata kempen selama 12 hari bermula Rabu (hari ini) itu juga dilihat sebagai menghina sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 5 Februari depan. Tambahnya, istilah ‘Tokoh Seks Suci Islam’ adalah tidak wajar, malah tidak sesuai digunakan kerana ianya hanya mengundang reaksi negatif di kalangan masyarakat. Menurut Mashitah, hubungan seksual suami isteri merupakan satu naluri yang diberikan secara semula jadi. Justeru ia tidak patut mempunyai ikon atau dipelajari secara khusus melalui tokoh tertentu.
rasulullah tokoh seks suci islam
sumber : mstar











discream January 26, 2012 at 3:05 pm
objektif 2 maybe ada yang betul..tapi tajuk 2 agak kontroversi..pendapat aku..http://alldiscrimination.wordpress.com/2012/01/26/rasullullah-tokoh-seks-suci-islam/?preview=true&preview_id=42&preview_nonce=2a565e5cd8
puteraduyong January 26, 2012 at 4:41 pm
ye objektif nampak ada betul… memang cuma masalah pada tajuknya sahaja bimbang takut disalahertikan oleh pihak tidak bertanggungjawab…
amri el wahab January 28, 2012 at 12:31 pm
Satu ketika dahulu sangat pantang dan memalukan apabila anak anak membicarakan soal “seks” di hadapan ibubapa.Kerana ketika itu persoalan “seks’ di anggap terlalu memalukan dan kotor untuk di sebut apatah lagi dibincangkan.Ia di anggap biadap.Namun kini sikap dan anggapan saperti ini sudah ketinggalan zaman dan umat Islam sudah mula sedar,berilmu dan bijak kerana kini sudah terbongkar bahawa gimik gimik dan gempar gempar ibubapa mengatakan persoalan “seks” adalah kotor untuk dibicarakan adalah satu pembohongan.Saya kira tidak ada larangan dalam agama menghalang umat Islam dari mempelajari dan membincangkan bab seks saperti yang di ajar Rasulullah.Kalau tak boleh belajar dan ikut “seks” cara Rasulullah SAW nak ikut cara siapa? Ikut cara homo, lesbian atau syaitan? Patulah begitu ramai syaitan syaitan manusia dan manusia manusia syaitan lahir di kalangan umat Islam di muka bumi sejak akhir zaman ini kerana tidak tahu melakukan “seks” atau hubungan suami isteri cara yang di ajar Rasulullah SAW.
Sedangkan Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat tentang seks saperti salah contoh pada maksud Hadis ini “…………………… pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala”. (HR Imam Muslim)
Orang agama atau pendakwah tidak akan dapat memajukan umat jika mereka bersifat jumud serta menutup dan menyempitkan pemikiran umat Islam.Sikap mereka yang menghalang “seks” cara Rasulullah di kaji dan di perbincangkan adalah saperti sikap ibubapa yang telah saya sebut di atas.Sudah jauh ketinggalan.Pemikiran mereka masih di tahap pemikiran ibubapa di zaman dahulu.Masih takut dan menganggap kotor dan menghina Rasulullah SAW apabila memperbincangkan perkara “seks’ dalam Islam yang di ajar oleh Rasulullah SAW sendiri.Kalau begini lah sikap mereka maka ini menunjukkan mereka tidak menunaikan prinsip Islam dalam meningkatkan tahap ilmu kepada umat.Lebih lebih lagi kalau mereka sendiri bersikap tidak mahu mendengar pendapat orang lain meskipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil kukuh.Lebih dasyat lagi kalau mereka menghalang perkembangan pemikiran umat di sebabkan sesuatu sentimen.Wallahu’alm.
puteraduyong January 28, 2012 at 8:18 pm
terima kasih amri…inilah pendapat positif yang sudah lama saya tunggu… terima kasih kerana sudi berkongsi… dengan ini saya tahu bahawa ramai antara kita yang bijak…
ZACK February 6, 2012 at 11:05 pm
BILA SEKS SUCI DIANGGAP KOTOR..
Tempoh hari Kelab Taat Suami ( sejak Jun 2011) hingga kini telah dicop sebagai sangat mengaibkan. Memalukan orang Islam, Melayu dan negara Malaysia. Semua media menghentam, Mufti, Menteri, tidak terkecuali. Tetapi menurut survey SMS yang dibuat Berita Harian, hampir 99% pembaca menyokong. Sudah jerih segala fakta dijelaskan, dicopy paste ke dalam blog ini – anda boleh browse di indeks entri blog ini, mulai Jun 2011. Setakat ini topik inilah yang paling banyak ditulis dalam blog ini, selain Imam Mahdi.
Rakan-rakan blogger juga sudah mengulas panjang lebar tentang slogan Maulidur Rasul kali ini, yakni Rasulullah SAW – Tokoh Seks Suci Islam. Antaranya orang lama Arqam, Anjang Muor dan Nawawi Dahalan. Oleh kerana mereka ini ustaz-ustaz belaka, maka banyaklah segala nas yang dikemukakan dalam posting mereka, termasuk politiknya.
Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya terfikir — jika kita sebagai umat Islam masih merasa malu akan ajaran seks suci yang dipelopori oleh Rasulullah SAW sendiri, maka secara tak langsung, kita sebenarnya malu menjadi umat baginda. Ramai dari kita, lelaki atau wanita merasa ragu dengan hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun di belakang unta, atau hadis yang menyuruh segera layan suami jika dia berkehendak walaupun kamu sedang membakar roti.
Okay, bila sebut bab sembahyang, pendidikan, nikah kahwin biasa-biasa, kematian?, okay. Ada yang berdebat dalam Facebook, bicaralah soal kematian, bagi umat insaf, bukan bab seks. Sedangkan masalah sosial remaja dan keruntuhan rumahtangga sekarang terlalu banyak berkaitan dengan seks. Soal seks ini pada mereka yang anti KTS, amatlah memalukan Islam, terdetik apa kata orang bukan Islam nanti? Risau sungguh mereka.
Sedangkan Hadis mahupun Al-Quran ada menyentuh soal seks, kerana ajaran Islam ini lengkap. Bila umat berfkiran begitu, JELAS, umat menganggap seks itu kotor. Sebagaimana Barat yang mempersembahkan seks itu secara kotor, begitulah mentaliti orang Melayu kita yang terlalu alpa dibuai persembahan seks dari Barat. Kita juga seolah terpengaruh dengan ajaran sebahagian agama lain di mana pemimpinnya diharamkan bernikah kerana seks dianggap kotor. Jadi kalau Rasulullah dikaitkan dengan seks, berpada-padalah. Memalukan sahaja, kata mereka.Seks adalah suci. Seks suci Islam, istilah yang diperkenalkan – adalah seks halal yang menambahkan ketaqwaan. Seks halal antara suami isteri jika tidak langsung meningkatkan ketaqwaan, tidak semestinya boleh dikatakan seks suci Islam. Contoh, seks halal tetapi tidak disertai adab dan doa-doanya, tidak dilakukan dalam keadaan mengingati Allah, dilakukan sambil melihat yang haram, contohnya disulami bahan pornografi – – bukanlah seks suci Islam.
Pada Rasulullah SAW, orang-orang soleh, seks dijadikan sebahagian zikir, melakukannya berpahala dan menjadi ibadah, sama taraf dengan ibadah lain. Sebab itulah ALLAH mengurniakan kenikmatan yang terhebat sebagai balasan. Segala aksinya, senamannya tiada batasan asalkan dibolehkan syariat, dan ia adalah SUCI, bukan kotor.
Rasulullah sendiri pernah mendatangi semua 11 isterinya dalam satu malam, bagindalah sebaik-baik suami. Baginda melakukannya bukannya disuruh oleh isteri-isterinya, tetapi kerana baginda hendak menghiburkan semua isterinya yang solehah itu, namun pada masa yang sama baginda mampu bersolat malam hingga bengkak-bengkak kaki.
Rasulullah SAW sering digelar gila seks oleh Barat kerana mempunyai 11 isteri. Sedangkan itulah hadiah Allah SWT kepada kekasihNya. Di masa itu Arab Jahiliyyah biasa mempunyai ramai gundik dan wanita simpanan. Rasulullah SAW dikurniakan Allah kekuatan seks 40 kali ganda lelaki biasa, sebagai hiburan dan hadiah syurga yang disegerakan kepadanya, selayaknya dengan tugasnya yang sangat sukar dan berat, sehingga digelar Rasul Ulul-Azmi.
“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, wangi-wangian dan dijadikan kesejukan di mataku di dalam sholat.” – (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)
Rasulullah SAW sendiri mengakui akan kesukaannya kepada ‘dunia kita’ adalah kepada wanita dan wangian, serta penyejuk mata ( ketenangan jiwa) melalui solat. Suka kepada wanita di sini bermaksud isterilah. Bukan bermaksud suka kepada kaum ibu atau suka kaum perempuan secara am. Padahal dengan wanita ajnabi, baginda malunya mengalahkan seorang gadis yang paling pemalu. Jika ada wanita berjalan, beliau lebih suka mereka berjalan di belakang baginda. Baginda suka kepada wanita, suka kepada isteri, bukanlah sekadar untuk berbual-bual, direnung mukanya sahaja, melihat mata, hidung, atau mendengar kelembutan suara, tetapi tentulah suka itu kemuncaknya adalah untuk berjimak. Dan itu semua adalah SUCI. Sedangkan dalam sejarah Nabi Sulaiman as punya 99 isteri yang sah.
Orang-orang Barat yang memusuhi Islam dan Rasulullah SAW sering menjadikan hal perkahwinan poligami Rasulullah SAW sebagai modal untuk mengecop baginda sebagai gila seks. Walhal faktanya, segala skandal, berbilang perempuan simpanan, perkahwinan yang perit sebab isteri tak taat, isteri berzina sehingga anak-anak disahkan bukan anak mereka melalui ujian DNA, penceraian, di seluruh dunia ini merekalah penerajunya, paling popular di kalangan mereka. Sungguh double-standard!! Tidak mustahil jika sebenarnya Barat cemburu dengan keindahan rumahtangga Rasulullah SAW yang bagaikan syurga lalu diputarbelitlah fakta. Dalam agama mereka, contohnya Kristian, tiada tempat rujuk akan hal seks. Paderi mereka sendiri menganggap seks itu kotor sedangkan ia fitrah insan yang suci. Sehingga hasilnya bila naluri ini disekat, terlalu kerap kita membaca salah laku seks golongan pemimpin agama mereka. Manakala dalam agama kita semuanya lengkap, dan semua disampaikan oleh Rasulullah SAW serta mempeloporinya kepada umat.
Protokol seks suci Islam adalah sangat kehadapan dan global. Apabila isteri berusaha untuk taat sebagaimana kehendak Allah dan Rasul, maka rumahtangga akan aman. Taat-setaatnya dan berkhidmat 100% sepertimana kehendak suami di dalam bilik tidur bukanlah mudah untuk datang begitu sahaja. Mesti dimulai dengan taat kepada Allah. Itulah kunci utama ketaatan seorang isteri. Taat kepada Allah akan diserlahkan dalam taat dalam bertuturkata, sangat menghormati suami, sangat berkhidmat, hinggalah dalam hal hubungan seks. Tidak semakin hina isteri yang taat kepada suami malah akan dinaikkan darjatnya oleh Allah dan Rasul. Semakin lama perkahwinan, semakin meningkat ketaqwaan, kerana semuanya dijadikan zikir dan ibadah. Alhasil, kadar penceraian berkurangan, keluarga bahagia, masyarakat mantap dan makmur…
(Hanya pemikiran Barat, pemikiran Yahudi dan orang Melayu yang berkepala otak mereka sahaja yang menghina para isteri yang berusaha untuk taat kepada suami) atau menganggap bilamana Rasulullah dijadikan tokoh seks suci dalam kehidupan adalah suatu yang lucah serta keterlaluan…
Inilah ajaran Rasul kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma salli ala Saiyidina Muhammad, wa ala a’li Saiyidina Muhammad. Ampunkan saya ya Rasulullah….
TERIMA KASIH.
http://heliconia.wordpress.com
puteraduyong February 7, 2012 at 1:13 am
alhamdulillah… terima kasih atas perkongsian ini…