SAIFUL APEK DAN DADAH
saiful apek dan dadah
itulah kisah yang kita dengar
sejak dua tahun dahulu
terkadang ia bagai lenyap
terkadang ia muncul kembali
kejap tenggelam kejap timbul
bagaikan kelapa di air sungai
keputusan mahkamah belum terputus
maka selagi itu apek tidak bersalah
itu mengikut hukum dunia
selagi belum terbukti kebenaran
maka tiada salahlah dia
saiful apek dan dadah
ini kisah sudah lama
mencemari dunia anak seni
bukan apek seorang sahaja
malah ramai lagi terjebak sama
ramai yang sudah insaf
dan ramai juga masih tertewas
buat semua yang pernah terjebak
buat semua yang masih terjebak
buat semua yang bakal terjebak
ingatlah pesan orang tua
dadah itu musuh negara
perosak anak bangsa
ingatlah …
SAIFUL APEK DAN DADAH
Dadah: Tiada Lagi Sikap Prejudis Terhadap Saiful Apek
KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Saiful Apek (Apek) mengakui berasa lega apabila sikap prejudis segelintir pihak di dalam industri hiburan terhadap dirinya sejak didakwa mengambil dadah hampir dua tahun lalu, semakin lenyap. Menurut Apek, sebagai individu yang berdepan pertuduhan itu, dia tidak berasa terganggu selagi perbicaraan masih berlangsung dan belum terbukti bersalah. “Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan seperti biasa berkat sokongan berterusan daripada keluarga dan teman-teman rapat.
“Sikap prejudis segelintir pihak kepada saya sebelum ini juga beransur pulih kerana saya mendiamkan diri dan membiarkan undang-undang yang menentukannya,” katanya yang ditemui selepas majlis pra-tonton filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di sini, baru-baru ini. Apek yang menolak dakwaan dia diharamkan daripada tawaran kerja, berkata sehingga kini dia masih menerima pelbagai tawaran lakonan daripada stesen televisyen dan menjadi pengacara di majlis-majlis korporat.
Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 43, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28. Apek juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie… Jiwa Kacau dan Hantu Air.
saiful apek dan dadah
sumber : mstar











ahsfantasy24 January 18, 2012 at 7:22 am
Tak faham kenapa ramai sangat artis
yang terbabit dengan najis ni >_<
puteraduyong January 18, 2012 at 11:02 am
tu la pasal… apakah ini sudah sinonim dengan mereka… ntah la…