Bicara Hati Si Putera Duyong

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA JOHOR

bandar maharani bandar diraja johor

BANDAR MAHARANI - BANDAR DIRAJA JOHOR

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA JOHOR

bandar maharani bandar diraja johor
tahniah buat penghuni bandar muar
kerna sudah diktiraf oleh baginda sultan
suatu penghormatan buat bandar lama
yang penuh nilai sejarahnya
yang tanahnya penuh keramat
tanah warisan sejak berzaman
tanah pusaka warisan nenek moyang
sudah pasti ia bakal merubah wajah
bandar yang dahulunya sepi aman
pasti tertumpu segala pembangunan
pasti terarah sumber pintu rezeki
buat semua warga rakyatnya
bandar maharani bandar diraja johor
pasti wajahnya kan berseri
penuh kilauan sinaran limpahan
jadi suatu anugerah terindah
tahniah buat bandar maharani
pasti takkan sepi lagi …

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA JOHOR
Sultan Johor Isytihar Bandar Maharani Sebagai Bandar Diraja

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor. Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).

“Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan,” titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul. Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim. Menurut baginda, walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan. Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui internet kerana ia belum tentu benar.

Sultan Johor berpesan agar masyarakat Islam sentiasa mengamalkan hidup berlandaskan Islam dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan mengamalkan suruhannya supaya mereka menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. Sementara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan negeri akan merancang pembangunan di bandar diraja itu sesuai dengan statusnya sekarang. “Ke bawah Duli Tuanku sering berangkat mencemar duli ke bandar ini kerana keindahannya yang terletak di muara Sungai Muar dan mempunyai bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1920-an,” katanya. Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin setempat bagi mengkaji bentuk pambangunan yang akan dilaksanakan di bandar ini. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jorak, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh berharap kerajaan negeri memastikan tanah kerajaan di bandar ini dijadikan rizab tertentu bagi diseimbangkan dengan pembangunannya.

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA JOHOR
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,740 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment