Bicara Hati Si Putera Duyong

CINTA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK

cinta tiz zaqyah dan remy ishak

TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK

CINTA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK

cinta tiz zaqyah dan remy ishak
ada terdengar suatu gosip
ada terdengar suatu kisah
kisah cinta si merpati kedua
konon sudah berakhir semuanya
namun itu semuanya hanya omongan
ternyata mereka masih menyulam kasih
menyemai benih cinta suci
yang terbit dari hati suci
moga tetap membuahkan hasil
moga berakhir penuh kemanisan
hingga ke jinjang pelamin hendaknya
bukan hanya panas di jalan
bukan hanya pemanis di bibir
bukan hanya pelengkap bicara
cinta tiz zaqyah dan remy ishak
masih teguh dan kukuh tautan itu
keduanya masih serasi berdua
masih tenggelam di alam misteri
ciptaan watak rumi dan juli
bersama watak nur kasih suci
moga tiada yang menghalang
namun segalanya tetap ketentuan
tuhan menentukan segalanya
kita cuma perancang
kuasa mutlak hanya milikNya …

CINTA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK
Hubungan Cinta Tiz Zaqyah & Remy Ishak Belum Berakhir

PETALING JAYA: Pelakon jelita Tiz Zaqyah menjelaskan dakwaan kononnya hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak sudah berakhir hanyalah sekadar gosip semata-mata. Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka yang dikatakan berlaku sekitar dua minggu lalu itu mula tersebar di Twitter dan Internet ekoran salah faham pengikut laman sosial kedua-dua artis tersebut.

“Ia hanya khabar angin dan gosip. Hakikatnya, tiada apa yang berlaku antara kami. “Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu,” katanya kepada mStar Online. Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa. Pihak media sebelum ini gagal mendapatkan Tiz mahupun Remy bagi mengulas khabar angin tersebut kerana kedua-dua mereka dipercayai mengelak untuk memberi komen mengenai hal berkenaan.

Malah mereka juga tidak menjawab panggilan telefon dan kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diajukan berhubung desas desus itu. Ketika diminta menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan berkenaan, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas mengenainya. “Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana tuduhan itu tidak berlaku. “Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter milik saya sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami,” katanya.

CINTA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,745 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment