FARID YAHYA SI KORPORAT MUDA
farid yahya si korporat muda
siapa agaknya si farid yahya
pasti tak ramai yang kenal
pasti tak ramai yang tahu
pasti tak ramai yang ambil tahu
namun bagi si artis veteran
nama farid yahya memang dikenali
biarpun sumbangannya tidak seberapa
namun usaha murninya patut dicontohi
patut diterap oleh semua pihak
itulah bukti semangat orang kita
semangat warga malaysia prihatin
farid yahya si korporat muda
sekalung tahniah buat kamu
jasamu pasti mereka kenang
jasamu pasti mereka ingat
sampai ke titik akhir
hayat mereka
insyaallah …
FARID YAHYA SI KORPORAT MUDA
Ahli Korporat Sumbang Wang Kepada 30 Artis Veteran
KUALA LUMPUR: Atas dasar keprihatinan terhadap artis veteran yang kurang bernasib baik, seorang ahli korporat, Mohd Farid Yahya sanggup memberikan sumbangan sebanyak RM15,000 untuk dikongsi seramai 30 artis veteran. Majlis penyampaian sumbangan dianjurkan bersama persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Hotel Adamson, di sini, petang Khamis. Mohd Farid yang merupakan seorang ahli korporat muda berkata, dia terpanggil untuk memberikan sumbangan selepas melihat kesengsaraan hidup yang dilalui oleh penyanyi Zaiton Sameon.
“Saya merupakan peminat setia Zaiton dan apabila melihat hidupnya yang kurang senang, saya terpanggil untuk memberi sumbangan kepadanya dan juga artis-artis veteran lain. “Nak diikutkan, saya tak mahu membuat sebarang majlis kerana ia merupakan sumbangan ikhlas daripada saya dan tak naklah orang kata saya cuba mahu menarik perhatian atau menunjuk-nunjuk,” katanya. Tambah Farid, dia berharap, sumbangan yang diberi itu akan menjadi ikutan kepada golongan yang berkemampuan untuk membantu artis-artis yang susah.
Pada majlis tersebut setiap artis menerima sebanyak RM500. Selain jumlah itu, Farid turut memberikan RM15,000 lagi untuk tabung Karyawan diagihkan kepada golongan artis yang memerlukan. Antara artis veteran yang menerima sumbangan berkenaan ialah Zaiton Sameon, Zaleha Hamid, Datuk Yahya Sulong, MY Samsuddin, Samsudin Lamin, Ayati Tasrip, Aspalela Abdullah, Latifah Omar, Mimi Loma, Datuk M.Daud Kilau, Sinnapan, Hamid Gurkha dan Ruminah Sidek. Sementara itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata memandangkan Mohd Farid ingin bekerjasama dengan pihak Karyawan lagi pada masa akan datang, pihaknya akan membantu ahli korporat itu untuk menubuhkan sebuah perniagaan produksi filem dan muzik pula.
FARID YAHYA SI KORPORAT MUDA
sumber : mstar






