Bicara Hati Si Putera Duyong

February 23, 2012

IMRAN ANAK AMIR UKAYS MENINGGAL DUNIA

by puteraduyong — Categories: KEHIDUPAN — Tags: 1 Comment
imran anak amir ukays meninggal dunia

KENANGAN AMIR DAN IMRAN

IMRAN ANAK AMIR UKAYS MENINGGAL DUNIA

imran anak amir ukays meninggal dunia
sudah ketentuan dari tuhan
penentu segala perjalanan insan
yang bertebaran di muka bumi tuhan
setiap suatu hayat kehidupan
pasti tempuhi saat kematian
saat bercerai roh dari badan
menuju ke alam pasti berkekalan
hingga saat kita dibangkitkan
imran anak amir ukays meninggal dunia
sekalung ucapan setinggi takziah
buat amir serta seluruh keluarga
atas pemergian buah hati tersayang
suatu pemergian tidak perlu ditangisi
malah perlu diiringi penuh redha
kerna dari tuhan kita datang
kepada tuhan kita kembali
kita juga pasti ke sana jua
cuma masanya belum tiba
namun itu pengajaran buat kita
izrail sentiasa perhatikan kita
menunggu masa tiba saat kita
itu pasti berlaku
mati itu pasti

IMRAN ANAK AMIR UKAYS MENINGGAL DUNIA
Anak Amir Ukay’s meninggal dunia

Penyanyi, Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil. Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang. “Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya,” katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006. “Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu. “Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya. Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung. Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan. Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal. Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail. Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.

IMRAN ANAK AMIR UKAYS MENINGGAL DUNIA
sumber : sinarharian

Share

1 Comment »

  1. IMRAN ANAK AMIR UKAYS MENINGGAL DUNIA | Bicara Hati Si Putera Duyong…

    imran anak amir ukays meninggal dunia sudah ketentuan dari tuhan penentu segala perjalanan insan yang bertebaran di muka bumi tuhan setiap suatu hayat kehidupan pasti tempuhi saat kematian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
© 2012 Bicara Hati Si Putera Duyong All rights reserved - Wallow theme v0.46.5 by ([][]) TwoBeers - Powered by WordPress - Have fun!