MAWI DAN EKIN DAPAT ANAK PEREMPUAN
mawi dan ekin dapat anak perempuan
alhamdulillah ucapan penuh syukur
menyambut kelahiran permata hati
permata yang sudah lama dinanti
oleh pasangan dua sejoli
akhirnya tiba juga saat gembira
saat menjengahnya puteri idaman
keluar menatap indahnya dunia
terpegun dalam tangisan pertama
itulah detik pertama kelahiran
saat semuanya putih bersih
menunggu coretan warna ayah ibu
mawi dan ekin dapat anak perempuan
kegembiraan jelas di wajah keduanya
jelas terpancar cahaya riangnya
terang menyelimuti hari suram
moga kelahiran permata itu
bakal bersinar penuh kilauan
menyinari segenap hidup insan
di suatu masa belum pasti nanti
tahniah lagi sekali buat mawi
ternyata penantian kamu berhasil
penantian penuh kesabaran
ada berkat di sana
insyaallah …
Mawi dan Ekin Dapat Anak Perempuan
PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa. Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama. Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin). “Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.
Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut. Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu. Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.
mawi dan ekin dapat anak perempuan
sumber : mstar






