Bicara Hati Si Putera Duyong

MERIAH RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

meriah resepsi yusry dan lisa surihani

YUSRY KRU DAN LISA SURIHANI

MERIAH RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

meriah resepsi yusry dan lisa surihani
bergemerlapan penuh cahaya lampu
menerangi seluruh kawasan PICC
bagai suatu pesta gilang gemilang
menyambut kehadiran kedua mempelai
merpati dua sejoli cantik berseri
menjadi lambang suatu cinta sejati
terlihat jelas wajah keriangan
tergambar kegembiraan di hati semua
walau melihat dari kejauhan cuma
namun segalanya cukup indah terasa
meriah resepsi yusry dan lisa surihani
menjadi sejarah kedua buat yusry
tetap menjadi perkahwinan terhebat
tetap sama hebatnya seperti dahulu
sewaktu kenangan di tepi tasik itu
biarlah sejarah lama berlalu pergi
lembaran baru terselak kini
semoga terus berkekalan hendaknya
rukun dan damai hingga akhirnya
insyaallah …

MERIAH RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI
Majlis Resepsi Yusry KRU & Lisa Surihani Meriah

PUTRAJAYA: Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad. Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Bertemakan konsep ala ‘French Vintage’, yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra. Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.

Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki. Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi. Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa. Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

MERIAH RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI
sumber : mstar

Post By puteraduyong (2,736 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment