Bicara Hati Si Putera Duyong

ARSENAL VS NEWCASTLE UNITED

arsenal vs newcastle united

ARSENAL VS NEWCASTLE UNITED

ARSENAL VS NEWCASTLE UNITED

arsenal vs newcastle united
pertembungan menarik dua pasukan
mencari ruang mahu ke hadapan
penuh sarat aksi mendebarkan
bertali arus serang menyerang
keduanya seakan tidak mahu mengalah
gerakan jentera terus memacu
mencipta ruang mencipta peluang
arsene wenger tak duduk diam
kerusinya seakan terasa panas
dek bahang hebatnya perlawanan
penyokong pula tak henti bersorak
memberi semangat pada pasukan
arsenal vs newcastle united
akhirnya setelah wisel penamat tertiup
kelegaan jelas tergambar
di riak wajah arsene wenger
skuad kendalian meraih tiga mata
kemenangan mutlak milik arsenal
terduduk akhirnya newcastle
tersentak dengan jaringan pemusnah
di minit akhir perlawanan mereka
di saat sudah tergambar satu mata
namun kalah juga mereka akhirnya
itulah kuasa bulatnya bola
tahniah buat Arsenal
Arsenal 2-1 Newcastle United

ARSENAL VS NEWCASTLE UNITED
Arsenal 2-1 Newcastle United

Pemain pertahanan Arsenal Thomas Vermaelen menjadi hero penyelamat apabila beliau menjaringkan gol pada minit ke-5 tambahan masa. Gol tersebut menyaksikan penamat penut gemilang buat skuad Arsenal pada aksi di Stadium Emirates. Newcastle menjaringkan gol permulaan apabila Hatem Ben Arfa menyambar hantaran Gabriel Obertan dan menewaskan Wojciech Szczesny pada minit ke-13. Hanya berselang satu minit Arsenal menyamakan kedudukan apabila Theo Walcott yang bijak menghantar bola kepada Robin van Persie di dalam kawasan penalti dan disempurnakan sebaiknya oleh van Persie menewaskan penjaga gol Newcastle, Tim Krul. Jaringan van Persie tersebut merupakan gol ke-26 beliau dalam Liga Premier Barclays musim ini.

Arsenal banyak mempersiakan peluang mencipta gol hasil gandingan mantap pemainnya iaitu Tomas Rosicky, Van Persie, Gervinho, Vermaelen serta Theo Walcott. Gandingan pemain ini sentiasa membolosi kubu pertahanan Newcastle dengan serangan bertali arus. Sokongan padu penyokong setia yang bergema di Stadium Emirates menaikkan lagi semangat pasukan kesayangan mereka untuk terus beraksi lebih cemerlang.

Pada minit terakhir perlawanan dalam masa tambahan Vermaelen menggamatkan Stadium Emirates dengan menyumbat gol kemenangan hasil hantaran cantik Aaron Ramsey. Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal hanya satu mata di belakang Tottenham yang berada di tempat ketiga liga. Tahniah buat skuad kendalian Arsene Wenger ini.

ARSENAL VS NEWCASTLE UNITED
sumber : premierleague

Post By puteraduyong (2,766 Posts)

Seorang lelaki serta hamba kepada Tuhan Yang Esa dan pengikut setia Muhammad

Connect

Share

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment